Jumat, 28 Desember 2012

REBET TELEFON PINTAR, SEBUAH JANJI DITEPATI

Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/. Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan hari Khamis. Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan. "Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas. - bernama
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN 'JANJI DITEPATI' MENDENGAR DENYUT NADI RAKYAT PELBAGAI LAPISAN. WALAUPUN PR MENGKRITIK BAJET 2013 INI, TETAPI HARUS DIINGATI, MEREKA JUGA AKAN 'REMBAT' SEGALA INSENTIF MELALUI LABA YANG MENGALIR MENERUSI BAJET 2013. PARA PENTAKSUB PEMBANGKANG AKAN KATA BAHAWA KERAJAAN BARISAN NASIONAL KERAJAAN ZALIM. TETAPI BILA DIAJUKAN PERSOALAN BAHAWA SEMUA YANG MEREKA KECAPI HARI INI ADALAH USAHA KERAS KERAJAAN BARISAN NASIONAL, MAKA MEREKA(PEMBANGKANG) AKAN KATA ITU TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PEMERINTAH. WAHAI PARA PENTAKSUB PEMBANGKANG SEKALIAN, KALAU ITU TANGUNGJAWAB KERAJAAN, ANDA SENDIRI AKUI KERAJAAN TELAH LAKSANAKAN TANGGUNGJAWABNYA. MAKA ADALAH BARISAN NASIONAL KERAJAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB. APA PULA TANGGUNGJAWAB ANDA? APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA MEMAKI KERAJAAN????/FIKIR DAN RENUNGKAN......

Tidak ada komentar:

Posting Komentar