Senin, 02 April 2012

PAS TAK KISAH PASAI MURTAD SEBAB KHALIFAH JALANAN DEPA PEMURTAD UMAT





SHAH ALAM 2 APR : Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menyifatkan tindakan bekas Exco Selangor Datuk Hasan Ali yang akan mendedahkan video cubaan memurtadkan umat Islam dinegeri itu hari ini, sebagai sesuatu yang kecil dan tidak perlu dilayan.

Menurutnya, banyak lagi isu yang lebih besar perlu diberi tumpuan seperti dakwaan wujudnya pengundi hantu dan rasuah.

Malah beliau juga memberitahu, PAS Pusat juga tidak akan menghantar wakilnya bagi mengikuti pendedahan yang akan dibuat Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun katanya, PAS Pusat dan Selangor menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya. - AntaraPos


KPS: AGENDA BESAQ DEPA IALAH MENYESATKAN MANUSIA SERAMAI MUNGKIN

Tidak ada komentar:

Posting Komentar