Sabtu, 21 April 2012

122 AHLI PKR KELUAQ PARTI DI PAHANG

122 Anggota PKR Indera Mahkota Sertai BN KUANTAN 21 April 2012: Seramai 122 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Indera Mahkota di sini bertindak keluar daripada parti itu pada Sabtu dengan beralih arah menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN). Daripada jumlah itu, 90 orang menyertai Umno manakala 32 lagi MIC. Bekas Pengerusi Tetap PKR Indera Mahkota Abdul Hamid Ibrahim berkata, beliau sendiri telah jemu dan muak dengan perjuangan yang ditunjukkan oleh parti berkenaan. "Kebanyakan yang mengikuti saya keluar daripada PKR bukan kerana pujuk rayu parti komponen BN tetapi dengan kerelaan hati masing-masing berdasarkan apa yang telah dinilai oleh mereka sendiri," katanya kepada pemberita. Beliau sebelum itu mewakili kumpulan berkenaan menyerahkan borang untuk menganggotai parti komponen BN yang diterima oleh Ketua Umno Bahagian InderaMahkota Datuk Hazmi Yusof. Sementara itu, Hazmi berkata, penyertaan anggota baru daripada PKR itu merupakan kali kedua dengan yang pertama adalah pada 25 Mac 2010. - BERNAMA
KPS: LAGI PKR BERKECAI.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar