Selasa, 10 April 2012

HUTANG MALAYSIA DENGAN BANK DUNIA LANGSAI.....TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA




KUALA LUMPUR 9 April - Kerajaan sudah melangsaikan pinjaman yang dibuat dari Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) sudah dijelaskan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) berkata, pinjaman kerajaan berjumlah AS$2.646 bilion (RM7.938 bilion) dari Bank Dunia yang dibuat antara 1965 dan 1999 sudah sepenuhnya dilangsaikan pada 2011.

"Pinjaman ADB pula yang diperoleh pada 1968 hingga 2002 berjumlah AS$1.285 bilion (RM3.855 bilion) sehingga Disember 2011 masih lagi berbaki AS$124 juta (RM372 juta)," katanya ketika menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Husni memberitahu, jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan dari Bank Dunia dan ADB antara 1965 dan 2002 berjumlah AS$3.931 bilion (RM11.793 bilion) yang dibuat setelah mengambil kira kemampuan kerajaan untuk membayarnya semula. UTUSAN


KPS: KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERBAIK

1 komentar:

  1. sikitnye hutanggg... x cukup brooo.. pi tgk kat economist.com
    aku cakap bodo kang marahh..

    BalasHapus