Kamis, 12 April 2012

HADI AWANG TAK PERCAYA KEPADA RUKUN IMAN KE -6???? BACA PETIKAN DARI HARAKAH ....




DI BAWAH ADALAH KENYATAAN DARI HARAMKAH DAILY......

UALA LUMPUR, 12 April: PAS sebenarnya boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Tenang, Johor sebelum ini jika Umno tidak main kotor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, dalam pilihan raya itu, Umno telah bermain kotor dengan melepaskan air di empangan dan menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi.

Abdul Hadi berkata demikian dalam wawancara khas dengan Harakahdaily baru-baru ini.

"Yang terkini, maklumat baru yang kita terima, sepatutnya pilihan raya kecil Tenang kita menang.

"Umno main kotor dengan lepas air di empangan menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi.

"Mereka pula membuat persiapan awal untuk mengangkut pengundi-pengundi mereka. Ini satu penipuan yang sangat kotor dan tidak demokratik," kata Abdul Hadi.

Sehubungan itu, kata beliau, apa yang berlaku di Tenang menunjukkan PAS boleh menang di kawasan Felda, "menandakan perubahan boleh berlaku dan kita boleh menang."

Atas dasar itu, kata Abdul Hadi, beliau yakin perubahan di kawasan-kawasan lain juga boleh berlaku sebagaimana berlakunya dalam pilihan raya 2008, di mana PAS menang dua kerusi di Johor yang dianggap kubu Umno dan Barisan Nasional.

Melalui lawatan beliau ke negeri Johor juga, Abdul Hadi berkata, sambutan ceramah yang sangat menarik dengan jumlah yang mencecah ribuan manusia yang kebanyakannya di kalangan muda.

"Sekurang-kurangnya ini menunjukkan masa depan yang baik bagi PAS. Seboleh-bolehnya perubahan untuk pilihan raya yang ke 13," katanya.

Dalam temubual itu, Abdul Hadi memberitahu, beliau telah selesai pusingan pertama menjelajah seluruh negara melalui konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat

Di samping itu, beliau telah selesai melawat tiga negeri melalui lawatan yang diuruskan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu Johor, Terengganu dan Pahang.

"Persiapan awal telah dibuat oleh semua peringkat parti..kursus peringkat dun dan parlimen," beritahu beliau hasil lawatan beliau itu.

Menurutnya, PAS bukan sahaja menyediakan jentera pilihan raya bahkan ada negeri yang sudah siap jentera untuk hari pilihanraya.


Pengundi muda

Menurut beliau, pengundi muda akan menjadi penentu dalam pilihan raya akan datang ini dengan 30 peratus dari pengundi adalah yang berumur antara 21 hingga 40 tahun.

"Pengundi muda jadi undi penentu, mungkin sebab itu BN teragak-agak untuk tentukan tarikh pilihan raya walaupun projek bagi duit dah jalan. Ia beri kesan kepada pengundi tua sahaja.

"Bagi pengundi muda, mereka belum yakin di samping hal-hal ekonomi dan lain-lain," katanya. -Hrkh





KPS NAK INGATKAN KEMBALI PRESIDEN PAS HADI AWANG BAHAWA RUKUN ISLAM ADA 6 PERKARA,,,DAN YANG KE 6 APA DIA ?????

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar


KPS: APAKAH HADI AWANG TAK TAHU ATAU TAK PERCAYA DENGAN RUKUN IMAN.....HADI AWANG,,,,RUKUN IMAN ADA ENAM PERCAYA....KPS TEGUR NI.....HADI AWANG NAK KATA UMNO LEPAS AYAQ DARI LANGIT KA????

Tidak ada komentar:

Posting Komentar