Rabu, 11 April 2012

FORUM DISKUSI "PAS PARTI AJARAN SESAT" DI TERENGGANU

BANNER MAJLIS......


TENTATIF PROGRAM.....






SUASANA SEMASA PROGRAM....


GAMBAR DARI....Gambar blog http://unitmediasiber.blogspot.com/2012/04/pas-parti-ajaran-sesat-11-april-dewan.html


DARI BLOG PANGLIMA PERANG SIBER....

Pagi ini penulis selamat tiba di Taman Tamadun Islam di Terengganu untuk program anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu. Program ini bertujuan membicarakan topik penting berkenaan penyelewengan Pas selama ini terhadap rakyat umat Islam di seluruh Malaysia.

Sesi dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan Pengarah Program Datuk Wira Rosli Mat Hassan sebelum tayangan video ucapan Hj Hadi, Nik Aziz dan juga pemimpin Pakatan yang lain berkenaan Negara Islam, Hudud dan sebagainya.

Pertama kali juga penulis melihat video solat dua imam dipaparkan yang sebelum ini hanya dibaca melalui berita bukan bentuk visual. Kisah Memali juga disiarkan menunjukkan bukti kesan kesesatan PAS kepada umat Islam.

Seterusnya Dato' Hj Zubir Embong Pengerusi Masjid Kristal menjadi penyampai pertama untuk menyampaikan penghujahan tentang dakwaan Pas parti ajaran sesat bertajuk 'Jika Undi Pas Dijamin Masuk Syurga '

MB Terengganu Datuk Ahmad Said yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Terengganu yang dijadualkan hadir terpaksa mewakilkan kepada orang lain kerana menghadiri upacara pertabalan YDP Agong hari ini di Istana Negara.

Guru-Guru KAFA seluruh Terengganu selain penyokong PAS antara peserta program selain pemimpin dan penyokong UMNO. Dewan tempat program dianggarkan dipenuhi sekitar 2 ribu orang. Lebih menarik golongan warga emas ramai yang hadir termasuk pengayuh beca.

Antara intipati ucapan beliau ialah :

- Pas menawarkan rasuah terbesar iaitu syurga jika menyokong mereka. Perkara ini diakui oleh Mursyidul Amnya Nik Aziz Nik Mat.

- Sebutan perkataan mempunyai kesan kepada pendengar dan penceramah menghuraikan dengan mengambil hujah dari tokoh Jepun tentang hal ini.

- Perkara syurga hanya disebut dalam Islam secara panjang lebar berbanding agama lain.

- PAS sebuah parti politik sama dengan BN dan UMNO. Matlamat PAS juga sama dengan Umno iaitu untuk tujuan politik dan kuasa.

- Jika tidak mengundi masuk neraka, bagaimana nasib umat Islam di kawasan PAS tidak bertanding

- Jika mengundi PAS masuk syurga apakah Kafir Harbi DAP juga masuk syurga dengan memangkah PAS?

- Sebenarnya masuk syurga berdasarkan Islam dan Iman bukan sebab undi parti politik PAS.

Jelas akal sihat tidak menerima dalil mengundi PAS masuk syurga kecuali yang sudah longgar atau tercabut skru.

Siri seperti ini perlu diperluaskan lagi ke seluruh negara agar umat Islam tidak akan akan terus keliru kerana penulis pernah mendengar cerita benar seorang Ketua Cawangan Umno juga mengundi PAS kerana faktor ini.





SAMBUNGAN.........


10 AHLI PANEL TERLIBAT DALAM PROGRAM INI IAITU...


- Ust Hj Wan Mohamad Wan Ahmad bekas Ketua Pemuda PAS yang pernah 22 tahun berada di dalam PAS

- Ust Kamal Saidin

- Ust Fathul Bari Mat Jahaya

- Datuk Zubir Embong

- Datuk Mustafa Taib

- Ust Kamalruddin

- Prof Madya Hj Yusuf Mohamad

- Datuk Fairus Khairuddin mantan TKM Pulau Pinang

- Hj Alwi Mohamad

- Che Azati Rosli


DAN SESI DIPENGERUSIKAN OLEH Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu iaitu Dato' Yahya Khatib


ISI PENTING YANG DIBINCANGKAN....

Faktor menubuh PAS bukan kerana Allah tetapi kerana Aaloh (kalah) perebutan jawatan.

PAS ditubuh dan dilulus oleh British iaitu Nasrani untuk pecah belah Islam.

Perbuatan PAS menganggap diri mereka mulia sama seperti Yahudi yang mengaku mereka sebagai anak Allah.


KPS: BUAT KAT KEDAH,,,KPS NAK PI JUGAK....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar