BLOGER KOMANDOPERANGSIBER DENGAN PENUH WARAS MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA JMM(JARINGAN MELAYU MALAYSIA) DI ATAS USAHA TANPA JEMU DAN ISTIQOMAH PIHAK NGO INI DALAM MENENTANG LGBT YANG DIILHAMKAN OLEH MUSUH ISLAM BAGI MENGHANCURKAN DUNIA UMAT ISLAM.
DI BAWAH ADALAH PROMO DARI BLOG JMM YANG KPS KONGSIKAN DI BLOG KPS SEBAGAI HEBAHAN ......
PERHIMPUNAN RAKYAT BANTAH SEKS BEBAS & LGBT TERANCANG yang akan di adakan pada hari SABTU, 21hb APRIL 2012 bertempat di DATARAN MERDERKA, Kuala Lumpur.
Sebagai rakyat Malaysia yang menolak sebarang perbuatan merosakkan pegangan agama, kami berasa ini merupakan satu tanggungjawab yang amat besar dan amanah yang mewajibkan kami semua untuk datang dan hadir berhimpun pada 21hb April 2012 bagi menyuarakan bantahan terhadap kelompok-kelompok membawa agenda jahat serta terancang yang semakin hari semakin berani , secara terang-terangan mahu mempromosikan seks bebas dan LGBT dan mahu mendesak negara ini menerima perkahwinan sejenis.
Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama-sama dengan Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gerakan Belia 4B Malaysia, Gabungan NGO Malaysia (GNM), Pergerakan Setiakawan We Are One, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Persatuan Alumni ASPIRASI, Persatuan Penguna Jalanraya Malaysia (PPJM), Persatuan Silat Gayong Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Selangor),Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Waris Malaya,, Persatuan Veteran Tentera Melayu, Kelab Graduan 1Malaysia, Persatuan Alumni Pelajar-Pelajar Malaysia diIndonesia, Ikatan Cina Ihsan Malaysia, Orang Muda Benteras Korupsi (OMBAK), Ikatan Dakwah Selangor (IKDAS), Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Persatuan Belia Islam Kepong, Persatuan Guru-Guru dan Ibubapa Selangor dan Kuala Lumpur dan Persatuan Penduduk mengadakan sidang akhbar melahirkan rasa kebimbangan serta kerisauan terhadap perbuatan beberapa individu dan pihak yang tertentu menyokong LGBT dan Seks Bebas di negara ini.
Kami semua sependapat bahawa penularan LGBT dan Seks Bebas di negara ini di dalangi oleh beberapa individu-individu serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijalankan secara terancang bertujuan merosakkan anak bangsa Malaysia.
Agenda individu-individu dan pihak terbabit secara jelasnya mahu meruntuhkan nilai-nilai murni anak bangsa Malaysia serta meruntuhkan pegangan agama. LGBT dan Seks Bebas dinegara ini secara jelasnya ditaja oleh pertubuhan-pertubuhan dari luar negara yang menggunakan NGO-NGO di negara ini menjalankan gerakan terancang termasuk memberikan dana dan menyediakan pelan perancangan bagi menjayakan agenda tersebut.
Oleh itu kami pada hari ini melancarkan PERHIMPUNAN RAKYAT BANTAH SEKS BEBAS & LGBT TERANCANG yang akan di adakan pada hari Sabtu, 21hb April 2012 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sebagai rakyat Malaysia yang menolak sebarang perbuatan merosakkan pegangan agama, kami berasa ini merupakan satu tanggungjawab yang amat besar dan amanah yang mewajibkan kami semua untuk datang dan hadir berhimpun pada 21hb April 2012 bagi menyuarakan bantahan terhadap kelompok-kelompok membawa agenda jahat serta terancang yang semakin hari semakin berani , secara terang-terangan mahu mempromosikan seks bebas dan LGBT dan mahu mendesak negara ini menerima perkahwinan sejenis.
KPS: ANTI LGBT.......
Tidak ada komentar:
Posting Komentar