Minggu, 01 April 2012

BEKAS PENJAGA GOL KEBANGSAAN SERTAI UMNO




Kota Kinabalu, 1 April – Bekas penjaga gol kebangsaan Khairul Azman Mohamed hari ini menyerahkan borang menyertai UMNO menerusi cawangan Penampang.

Borang keanggotaan penjaga gawang skuad bola sepak Sabah itu diserahkan kepada Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan UMNO negeri Senator Datuk Kadzim Yahya di Bangunan UMNO di sini.

Khairul berkata beliau memilih untuk mengikut jejak langkah arwah ayahnya Datuk Dr Mohamed Taib yang merupakan Anggota Parlimen Kuantan yang pertama sekitar lewat tahun 60-an, bagi meneruskan perjuangan dalam UMNO.

“Saya sebenarnya sudah lama mahu menyertai UMNO tetapi masa tidak mengizinkan kerana saya begitu aktif dalam sukan bola sepak. Hanya apabila saya ‘pencen’ barulah saya mengambil keputusan untuk menyertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keanggotaan itu.

Sementara itu, Kadzim berkata kemasukan bekas bintang bola sepak kebangsaan itu menunjukkan bahawa UMNO kini diterima oleh semua pihak termasuk ahli sukan, dan berharap lebih ramai lagi ahli sukan negeri menyertai Umno.

Beliau berkata setakat 31 Dis lepas, UMNO Sabah mempunyai 496,500 anggota, sekali gus menunjukkan UMNO kini semakin kukuh di negeri itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar