Sabtu, 21 Juli 2012

PERUTUSAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN DARI PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah SWT. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini dalam keadaan penuh keberkatan dan kerahmatan. Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan kemuliaan dan penuh keberkatan yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Islam untuk di ambil peluang bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat-kali ganda. Ibadat puasa yang dilakukan dengan penuh kesempurnaan, sudah pasti mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan seterusnya membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah bulan perjuangan menentang hawa nafsu. Harus diingatkan di bulan yang mulia ini kita perlu menginsafi diri dengan membantu para fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Perbuatan membazir haruslah dielakkan. Sikap suka bersedekah mestilah dipupuk. Zakat fitrah pula janganlah dilupakan. Menyedari akan kemuliaan bulan ini, saya menyeru agar semua umat Islam di Malaysia menguatkan lagi perpaduan ummah kerana harus diingat perpaduan dan penyatuan umat merupakan asas kekuatan umat Islam pada masa hadapan. Inspirasi perpaduan daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan harus di jadikan pedoman oleh umat Islam seluruhnya. Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam di dalam negara ini. Yakinilah bahawa kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin. Ingatlah sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan umat Islam, mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat. Justeru, bersama-samalah kita mengenepikan perbezaan pendapat dan ideologi politik demi perpaduan ummah yang akan membawa seluruh umat Islam di Malaysia ini ke suatu dimensi baru yang lebih baik pada masa yang mendatang. Akhir kalam janganlah kita lupa untuk mencari kerahmatan di malam Lailatulqadar yang mempunyai ganjaran kebaikan bersamaan seribu bulan. dan rahmat keampunan daripada Allah SWT. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

NING BAIZURA DAN SHARIFAH AINI MASUK PAS....FITNAH TERBARU PR

SALAHUDIN AYUB NAIB PRESIDEN PAS YANG MENGGELARKAN BLOGER UMNO SEBAGAI 'ANAK HARAM' MULA MELAKUKAN PERKARA HARAM. SI SALAHUDIN BERKATA DATO SHARIFAH AINI DAN NING BAIZURA AKAN MENYERTAI PAS....?????
TETAPI NING BAIZURA MENAFIKAN PERKARA TERSEBUT DAN TERBARU DATO' SHARIFAH AINI SEPERTI KENYATAAN DI BAWAH.....
“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.” - Datuk Sharifah Aini.

Rabu, 18 Juli 2012

PORTAL PRO PEMBANGKANG TAUBAT MENJELANG RAMADHAN

Portal berita FMT mohon maaf kepada Lynas
KUALA LUMPUR, SELASA,17 Julai, 2012: Portal berita Free Malaysia Today (FMT) hari ini memohon m aaf kepada Lynas Corporation Limited kerana sebelum ini menerbitkan artikel-artikel yang mendakwa bahawa kilang memproses nadir bumi milik syarikat itu tidak selamat. Mtoday News Sdn. Bhd. yang mengoperasikan FMT dalam satu kenyataan ringkas di portal itu berkata, pihaknya memohon maaf atas semua penerbitan mengenai Lynas memandangkan dakwaan-dakwaan yang diterbitkan tiada asas saintifik. “Kajian mengenai peraturan kilang memproses Lynas telah dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci," jelas kenyataan itu. Permohonan maaf oleh portal berita itu dikeluarkan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini. - UTUSAN

Selasa, 17 Juli 2012

TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH : PAK MENTERI KITA HABIS MODAI KA?

KPS PUN HERAN DENGAN PAK MENTERI KITA. DAK TAK ADA IDEA LAIN KA NAK BUAT TRANFORMASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN. LA NI DEPA NAK BENARKAN PULAK TELEFON BIMBIT BAWA PI SEKOLAH. SEBELUM NI PUN ADA LARANGAN TAPI BUDAK-BUDAK BAWA SERUPA TU JUGAK LA. KPS MUNGKIN SALAH DAN MUNGKIN BETUL. KPS RASA TAK PAYAH BENARKAN LA. TELEFON BIMBIT LEBIH MENDATANGKAN MUDARAT DARIPPADA MANFAAT. MEMANG ADA SURUH PANDANG DARI SUDUT POSITIF, TAPI DARJAH SUDUT NEGATIF ADALAH LEBIH LAGI. KPS MASA SEKOLAH DULU PUN TAK PAKAI TELEFON BIMBIT, KAWAN-KAWAN KPS PUN SERUPA TAPI TAK JADI MASALAH PUN. SECARA PERIBADI KPS SENDIRI MEMERANGI SESIAPA YANG BAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH DULU DIATAS KAPASITI KPS SEBAGAI PENGAWAS DAN MERANGKAP KETUA PELAJAR. BERAPA BANAYK SEKARANG DI YOUTUBE VIDEO SEKS PELAJAR YANG DILAKUKAN DI SEKOLAH DENGAN PAKAIAN SEKOLAH????? BERAPA BANYAK VIDEO PELAJAR BELASAH GUNA DAN GURU BELASAH PELAJAR????? DAN BERAPA RAMAI YANG AKAN GUNAKAN FON UNTUK TIRU DAN MEMBERI TIRU DALAM PEPERIKSAAN. KALAU ERLU SANGAT TELEFON DI KAWASAN SEKOLAH PERBANYAKKAN TELEFON AWAN. APA PULAK NAK KENA BAWA FON KALAU TERTINGGAL BAS, BOLEH GUNA TELEFON AWAM DI SEKOLAH. TUMPUAN PELAJARAN JUGA TIDAK TERGANGGU. KPS PUN MALAS CAKAP PANJANG, TAPI KPS HARAP PAK MENTERI PANJANG AKAL........

ARTIS GANTI ULAMA' : LUAHAN RASA PEJUANG MAYA PAS

KENYATAAN DI ATAS BUKAN KPS YANG TULIS.....TAPI SEORANG PEJUANG MAYA DARI PAS SENDIRI..........................

KEDUDUKAN TERKINI BLOGER MESRA KERAJAAN PEMERINTAH

KPS KEDUDUKAN 126 BLOGER MESRA KERAJAAN.......RUJUK NO DI TERPI,,,,SUSUNAN ADA SEDIKIT KESILAPAN