Rabu, 30 November 2011

SUARA KEADILAN DISABITKAN KESALAHAN KERANA MEMFITNAH DR. ZAMBRY

SUARA NERAKA(AKHBAR SUARA KEADILAN) DISABITKAN OLEH HAKIM SEBAGAI MEMFITNAH DR ZAMBRY.......

INILAH FITNAH KEPADA DR. ZAMBRY.....




SUMBER : THE MALAYSIAN INSIDER....

Mahkamah: Suara Keadilan siar sembilan perkataan fitnah Zambry
November 30, 2011



KUALA LUMPUR, 30 Nov — Mahkamah Tinggi mendapati sembilan perkataan dalam satu artikel yang disiarkan oleh “Suara Keadilan”, akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengenai Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membawa maksud fitnah.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan demikian dalam kamar hari ini dengan dihadiri peguam Datuk Firoz Hussein Ahamd Jamaluddin yang mewakili Zambry selaku plaintif, dan peguam Jamie Wong yang mewakili PKR, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain.

Pada 22 November lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan tiga perkataan lain dalam artikel yang sama turut membawa maksud fitnah selepas defendan mengakui bahawa perkataan-perkataan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

Firoz Hussein yang ditemui pemberita, berkata mahkamah memutuskan supaya taksiran ganti rugi dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar, namun tiada tarikh ditetapkan, lapor Bernama Online.

Pada 25 Februari tahun lepas, Zambry (gambar) memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009-5 Januari 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Katanya beliau tidak dihalang dari memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Zambry berkata lawatannya ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media, dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Menteri Besar Perak itu berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk “Mohon Maaf Dr Zambry” dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar parti keluaran 30 Mac-6 April 2010.

DAP RASIS TERUS DIBERUS RAKYAT PULAU PINANG......ORANG PENANG, KITA PAKAI BERUS TEMBAGA BUKAN BERUS SABUT....BARU SENANG HILANG KOTOQ



RAKYAT PULAU PINANG 'MEMBERUS' SI RASIS DAP LAKNATULLAH.....

SUMBER : UMNO ONLINE

GEORGE TOWN, 30 Nov – Seramai 300 orang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan satu demonstrasi bagi mendesak supaya Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Komtar, Ng Wei Aik daripada DAP, dipecat kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Hotel Oriental bermula 12.30 tengah hari sebelum berhimpun di Komtar untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil kerajaan negeri.

Memorandum itu turut menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya lebih fokus dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan bersikap rasional dalam setiap tindakan yang diambil.

Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Peribumi PerkasaMalaysia(Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Suara Anak-anakMalaysia.

Dalam perarakan itu, kumpulan berkenaan membawa sepanduk besar yang tertera perkataan ‘Selamatkan Pulau Pinang, Adun Komtar mulut celupar, kami tidak akan maafkan kamu’ sambil menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ng yang disifatkan biadap dan berat sebelah.

Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setiba di JalanPenang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di tengah jalan raya selama 20 minit.

Pengerusi Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin kemudiannya menyerahkan memorandum itu kepada Pembantu Penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz.

“Jika kerajaan DAP memerintah dengan adil kami tidak akan buat begini (demonstrasi). Sebagai Adun pula, Ng sepatutnya memelihara kepentingan rakyat bukannya menindas,” katanya.

Ng, yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap dua mangsa kebakaran di Jalan Gurdwara di sini dalam kejadian 22 Nov lepas selain pernah dikecam kerana bertindak kasar dalam satu operasi di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim, berkata sembilan orang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

GEMPAQQQQ......KENAPA ZURAIDAH TERKENA SAWAN LEMBU GILA ????




UCAPAN SHARIZAT YANG BUAT ZURAIDAH 'MAKAN DALAM'


DI SERANG SAWAN LEMBU GILA...


MALAH APABILA KETUA WANITA UMNO INI SINTING LENGAN......KARPAL SINGH JUGA BISA TERKEJUT.....HINGGA JATUH SAKIT,,,,,


AIYOYO....ITU SHARIZAT BANYAK HEBAT....

PENJILAT PEMBANGKANG SIFATKAN AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG SEBAGAI PENGKHIANAT


PENJILAT TEGAR PEMBANGKANG ANGGAP AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG SEBAGAI 'PENGKHIANAT'.....

BUKAN SETAKAT PENGKHINAT.....MALAH PEMBOHONG JUGAK..... PUAK DEPA YANG KATA...BUKAN KPS KATA....

KPS : SAH BERITA MACAM NI TAK DAK DALAM HARAKAH

LAGI BUKTI UMNOMOFOBIA MELANDA PEMBANGKANG....MEREMANG BULU ROMA BEB....



SATU PERKARA YANG PENTING UNTUK KITA RENUNGKAN.....


KENAPA KONGRES NASIONAL PKR LANGSUNG ORANG UMNO TAK KEBULOQ NAK AMBIK TAU.....


TAPI KENAPA PERHIMPUNAN AGONG UMNO(PAU) PARA PENCACAI PEMBANGKANG TURUT IKUT SERTA TENGOK SIARAN LANGSUNG ??????




KPS : MEREMANG BULU ROMA PEMBANGKANG,,,,,