Kamis, 22 November 2012

NIK AZIZ DICABAR DEBAT OLEH ULAMA' PONDOK

Minda Pondok Cabar Nik Aziz Berdebat, Doa Hancurkan Sesama Islam Tak Ikut Sunah Rasulullah
KOTA BAHARU: Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Rabu mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara umum bagi memperjelaskan tindakan PAS membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad. Minda Pondok adalah NGO yang menggabungkan beberapa buah sekolah pondok diKelantan. Anggota Jawatankuasa (AJK) Minda Pondok, Mohammad Zainal Abidin Awang berkata debat itu perlu diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung tindakan PAS tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam. "PAS terlalu banyak keluarkan fatwa... kami dari Minda Pondok berasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan supaya rakyat tak keliru dan supaya ajaran songsang (yang PAS bawa) dapat disucikan dengan izin Allah SWT. "Kami mencabar Nik Aziz untuk berdebat dengan Minda Pondok pada bila-bila masa supaya dapat menghurai serta memberi penjelasan kepada seluruh pendudukMalaysia agar mereka tidak terkeliru," katanya ketika ditemui pemberita selepasmembuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, Rabu. Kira-kira 30 anggota Minda Pondok termasuk penduduk sekitar Demit dan Pasir Tumboh turut hadir sebagai menyokong laporan polis yang dibuat NGO tersebut. Mohammad Zainal Abidin yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat berkata Minda Pondok berasa dukacita terhadap tuduhan Umno murtad dan bacaan doa tersebut, sekali gus menyelar tindakan PAS kerana tidak membahaskan kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di sini, baru-baru ini. Mengulas isu doa itu Mohamad Zainal Abidin berkata PAS seharusnya mengambil kesempatan tersebut bagi mendoakan kehancuran Israel kerana membunuh umat Islam di Palestin, selain turut ditujukan kepada pimpinan tertinggi DAP untuk menganut agama Islam. "Apakah PAS tidak boleh berdoa untuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang banyak melakukan skandal-skandal seks, liwat dan berbagai-bagai lagi supaya mereka ini kembali kepada Allah SWT?" tanya beliau. Anggota Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff al-Hafiz pula berkata doa yang dibaca oleh adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat adalah bercanggah dengan sunah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW iaitu mendoakan keburukan ke atas sesama Islam. "Kita sepatutnya mendoakan keselamatan, keampunan ke atas sesama Islam. Kami di Minda Pondok berasa ini satu perbuatan yang mengaibkan dan memalukan kerana bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW. "Kami dahulu bersama dengan PAS, tetapi telah keluar daripada parti itu kerana lihat ia sudah tersasar jauh, tergelincir daripada matlamat perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan sanggup mengikut telunjuk DAP yang tidakberagama Islam," katanya. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai sebuah parti berteraskan Islam, PAS sepatutnya berdoa untuk selamatkan rakyatPalestin dan bukan untuk kehancuran Umno dan BN. "Doa untuk kebaikan, bukan kehancuran. Pernahkah Nabi Muhammad SAW berdoa agar orang yang menentangnya menerima pembalasan daripada Allah? Sebaliknya dia berdoa agar mereka ini insaf," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Iman di sini. BERNAMA

6 komentar:

  1. letup dengan C4 je.

    BalasHapus
  2. If one innocently applies an insufficient amount of sealer on
    a very porous concrete material, the said material may not be effective at all.
    concrete finishing is very much like smoothing out frosting on a birthday cake.
    This Wednesday night there is a lot going on in Atlanta.

    BalasHapus
  3. I must thank yοu fοr the effοrts уou've put in penning this site. I'm hοping to seе the sаme high-grаdе content by you іn the futurе as
    well. In fact, your crеаtive writing abilitiеs has іnspired me to get my very oωn blog now ;)

    My blog: payday
    my page - payday

    BalasHapus
  4. It is through the use of this medium that they wish to make in roads in the communications market.
    E-papers are able to take advantage of story, sacrificing other,
    decidedly less important stories and giving as much detail about breaking
    news as possible. They’re the real Mc - Coy and are
    as old as the date on their front page. Newspaper companies should be seeking to have subscribers
    to their service where breaking news can be emailed
    and send to blackberries and cell-phones. Until I was five I
    lived with my mother's younger sister Dorothy and my grandmother, who told me before she died that my mother had received letters from my father for some years after bringing me to New York.

    Here is my site - click here

    BalasHapus
  5. All this bullshit by Shiah trying to manipulate the case.
    'Minda Pondok' is a puppet for the government...All those lie will get punishment by the One and Only Allah S.W.T.

    BalasHapus
  6. I will immediately take hold of your rss as I can not in finding your e-mail subscription link or newsletter service.
    Do you've any? Kindly permit me know so that I may just subscribe.
    Thanks.

    Review my web page :: personalized chapstick

    BalasHapus