Sabtu, 22 September 2012

MALAYSIAKINI.....CAKAP TAK SERUPA BIKIN

PETALING JAYA 21 Sept. - Wartawan veteran YL Chong meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita itu enggan mengakui menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros. "Saya minta Malaysiakini 11 tahun lalu supaya berterus-terang dan tidak menyembunyikan maklumat seumpamanya daripada pelanggan dan pembaca kami. "Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana saya sudah tidak sealiran dan tidak boleh menyembunyikan kaitan (Malaysiakini) dengan Soros," katanya kepada The Star di sini hari ini. Chong menegaskan, beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi hendaklah berterus-terang selepas menerima wang tersebut. "Namun saya percaya pada etika kewartawanan, terutama tatkalaMalaysiakini mengisytiharkan dirinya sebagai mempromosikan ketelusan dan keterbukaan," kata beliau.- UM

Tidak ada komentar:

Posting Komentar