Jumat, 29 April 2011

MUHABALAH ATAU TIDAK ?




Kita terus bersengketa. Isunya bukan calang-calang. Ini serius....(kata WONDER PET). Bukan kecil hal yang dibangkitkan ni. Mungkin tidak ada metafora yang boleh dihubungkan dengan isu ini. Isu ini dibangkitkan pada arena glokal tapi skala musnahnya adalah bertaraf global. "Penyokong keliru, rakyat buntu, parti haru-biru." Dari pada kaki lima, gerai kopi hinggalah pejabat menjadi 'mahkamah segera' berhujah akan isu ini. Yang paling dasyat, beberapa khatib di mimbar jumaat juga mula lagak umpama 'hakim terjun' berhujah di dalam masjid. Soalan cepu emas umpamanya "jam omega?" , "2 jam hilang tidak tweet, FB pon tidak" . Hujahan balas seperti " dalam video gemuk, ini kurus" , "jam isteri simpan", "ni tv3 kan? next question" dan banyak lagi. Kenapa kita tidak belajar dari sejarah? Boleh selesai, tapi macam mana?

Pernah baca buku "ARQAM Tersungkur Di Pintu Syurga" ? Siapa penulisnya? bekas penasihat undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed. Apa yang saudara Zabidi cerita? 'Straight to the point la' saudara Zabidi cerita Al-ARQAM musnah dalam masa 3 bulan. Musnah macam mana? Musnah selepas bermuhabalah. Seluruh markas di dalam dan luar negara mengadakan muhabalah minta ditunjukkan kebenaran dalam masa 3 bulan. Apa jadi? dalam masa 3 bulan macam-macam jadi sampai kumpulan ini lebur. Nak tahu lagi? kalau nak tahu beli la satu buku ni.

Kalau ikut artikel dalam majalah i (majalah ilmiah berbentuk islamik) kesan muhabalah ini akan terjadi mungkin pada ketika itu, esok, seminggu, sebulan dan paling lama setahun. Dalam majalah i ini juga ada menceritakan peristiwa muhabalah di antara orang zaman dulu. Itu kalau 2 pihak tersebut yang buat lah, tapi nampak gaya macam satu pihak saja.  Sama macam kes saudara saiful. Kes altantuya PM dah muhabalah. Tapi DSAI tetap keras hati.  Soalannya sekarang kalau cuma sorang  atau sebelah pihak sahaja muhabalah macam mana? Elok rasanya kita rujuk ayat SURAH ALI-IMRAN AYAT 59-64 BESERTA TERJEMAHANNYA:-

3-59: Sesungguhnya perbandingan ‘Isa di sisi Allah adalah seumpama Adam. Dia (Allah) menjadikannya (Adam) daripada tanah, kemudian Dia (Allah) berfirman: “Kun (Jadilah)!” Maka jadilah dia (Adam).

Perbandingan ‘Isa di sisi Allah adalah seumpama Adam. Allah menciptakan ‘Isa tanpa bapa. Penciptaan ‘Isa itu tidaklah sukar berbanding penciptaan Adam tanpa bapa dan ibu. Adam diciptakan daripada tanah dengan kalimah “Kun”. ‘Isa diciptakan tanpa bapa juga dengan kalimah “Kun”. Kedua-duanya adalah manusia, hamba Allah dan nabi-nabi-Nya. Sangatlah tidak wajar pada akal jika menganggap ‘Isa yang tanpa bapa itu sebagai tuhan sedangkan Adam yang tanpa bapa dan ibu masih dianggap sebagai manusia. Keistimewaan yang Allah letakkan kepada mana-mana makhluk tidaklah sampai menjadikan makhluk itu tuhan atau anak tuhan.
Ada pula segolongan orang Yahudi yang tidak mahu menerima kenyataan ‘Isa diciptakan tanpa bapa sedangkan mereka mengakui Adam diciptakan tanpa bapa dan ibu. Mereka menolak ajaran ‘Isa, malah pemuda yang bernama ‘Isa itu tidak wujud dalam catatan sejarah mereka.

3-60: Kebenaran itu daripada Rab (Tuhan) engkau, maka janganlah engkau termasuk golongan yang ragu-ragu.

Allah mengingatkan bahawa apa yang diceritakan oleh al-Qur’an itu adalah benar. Benar Adam diciptakan daripada tanah dengan kalimah “Kun”. Benar ‘Isa diciptakan tanpa bapa dengan kalimah “Kun”. Benar Maryam itu seorang perawan yang suci. Benar Hawari itu pengikut setia ‘Isa memperjuangkan al-din Allah. Benar ‘Isa tidak mati dibunuh oleh orang Yahudi. Benar ‘Isa diangkat ke langit sama ada secara roh sahaja atau secara roh dan jasad sekali. Semuanya adalah benar.

3-61: Sesiapa membantah engkau (Muhammad saw) tentang (kebenaran) itu, sesudah datang pengetahuan kepada engkau, maka katakanlah: “Marilah, kita ajak anak-anak kami, anak-anak kamu, isteri-isteri kami, isteri-isteri kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian kita bermohon dengan bersungguh-sungguh, serta kita mohonkan agar laknat Allah menimpa orang yang berdusta.”

Jika mereka masih juga menafikan kebenaran tersebut, sedangkan kebenaran itu disampaikan melalui wahyu Allah, maka ajaklah mereka melakukan sumpah berat atau mubahalah. Kedua-dua pihak yang melakukan mubahalah itu hendaklah memanggil anak-anak mereka, isteri-isteri mereka dan diri mereka sendiri. Kemudian hendaklah bermohon sungguh-sungguh agar laknat Allah menimpa orang yang berdusta. Mubahalah ini merupakan satu cabaran yang hebat yang Allah lemparkan kepada puak yang mendustakan Nabi Muhammad saw dalam hal Almasih ‘Isa ‘ibn Maryam. Cara mubahalah sudah terkeluar daripada hujjah dan logik. Perkara ‘Isa itu adalah kepercayaan, maka berdasarkan kekuatan kepercayaan masing-masing diadakan mubahalah. Tidak perlu lagi bertengkar dan berhujjah, mengemukakan dalil akal dan sebagainya. Orang yang berani melakukan mubahalah itu adalah orang yang bukan sahaja percaya malah mempunyai pengetahuan tentang perkara yang dipertikaikan itu. Pengetahuan yang sebenar datangnya daripada Allah. Sebagai tanda meyakini dan beriman sungguh-sungguh kepada apa yang disampaikan oleh Allah, maka Nabi Muhammad saw diletakkan dalam situasi melakukan mubahalah. Tidak ada orang Nasrani atau Yahudi yang menyahut cabaran tersebut.

3-62: Sesungguhnya ini adalah cerita benar, dan tidak ada daripada (apa jua yang dianggap sebagai) Ilah (Tuhan), melainkan Allah. Dan sesungguhnya Allah, sungguh Dia (Allah) adalah al-’Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).

Sekali lagi Allah menegaskan bahawa kisah Almasih ‘Isa ‘ibn Maryam yang diceritakan oleh al-Qur’an itu adalah benar. Tidak ada Ilah melainkan Allah. Hanya Allah yang berkehendak dan berkuasa menciptakan ‘Isa sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Taraf ‘Isa adalah taraf penciptaan Allah, bukan anak Allah atau setara dengan Allah. Allah adalah al-‘Aziz lagi al-Hakim. Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Allah Maha Perkasa mempertahankan kedudukan-Nya sebagai Ilah Yang Esa, tidak beranak, tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara dengan-Nya. Allah Maha Bijaksana dalam mengaturkan takdir kepada makhluk-Nya. Segala yang Allah ciptakan adalah teratur dan seimbang, tidak ada cacat celanya. Renungan yang mendalam akan melahirkan kekaguman terhadap kebijaksanaan Allah itu.

3-63: Kemudian jika mereka berpaling, sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui orang yang melakukan kerosakan.

Orang yang berpaling, tidak mahu menerima apa yang diwahyukan oleh Allah, tidak mahu menerima akidah tauhid dan tidak mahu melakukan mubahalah, maka sesungguhnya mereka adalah orang yang sudah rosak akal budinya dan mereka menyebarkan kerosakan itu kepada orang lain.

3-64: Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, bahawa kita tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah, dan kita tidak menyengutukan-Nya (menyengutukan Allah) dengan sesuatu; dan (juga) sebahagian daripada kita tidak menjadikan sebahagian yang lain sebagai ‘arbab’ (tuhan-tuhan) selain Allah.” Jika mereka berpaling katakanlah: “Saksikanlah bahawa kami adalah Muslimin (orang yang menyerah diri kepada Allah).”

Ajakan Rasulullah saw kepada muhabalah telah ditolak oleh orang-orang yang diberi kitab itu. Penolakan itu menunjukkan bahawa dalam hati mereka ada keraguan terhadap akidah yang mereka pegang. Oleh itu mereka diajak kepada ajaran pokok yang ada persamaan di antara mereka sebagai Ahli Kitab dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Mereka diajak kepada satu kalimah iaitu kalimah tauhid: tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah; tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu dan tidak menjadikan mana-mana manusia sebagai arbab (tuhan-tuhan) selain Allah. Ajaran pokok ini terdapat di dalam semua kitab-kitab, baik Kitab Tawrat yang dipegang oleh orang Yahudi, Kitab Injil yang dipegang oleh orang Nasrani dan juga Kitab al-Qur’an yang dipegang oleh Nabi Muhammad saw dan pengikutnya. Ajaran tauhid ini masih terdapat di dalam kitab-kitab Tawrat dan Injil, walaupun sudah dimasukkan dengan unsur kemusyrikan. Di satu bahagian kitab-kitab tersebut mengajarkan tauhid dan di bahagian yang lain pula memperkenalkan syirik. Buangkan bahagian yang mengajarkan syirik itu. Tetapkan pengabdian hanya kepada Allah Yang Maha Esa. Jangan diadakan tuhan-tuhan yang lain. Jangan menjadikan manusia seperti ‘Isa dan ‘Uzair sebagai anak tuhan. Inilah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Jika golongan Ahli Kitab menolak ajaran tauhid ini maka janganlah bertolak ansur dalam soal akidah ini. Tetapkan pendirian sebagai Muslim yang berserah diri kepada Allah dan berpegang kepada ajaran tauhid.

KPS tak mahu ulas apa-apa, pembaca tentukan sendiri. Setiap kita ada pendapat masing-masing. ALLAH jualah yang lebih mengetahui segala sesuatu.

7 komentar:

  1. so anda sokong la video lucah di tanyangkan?suma tgk?aibkan seseorang individu tanpa ada bukti lagi yg mengatakan dia tu pelaku dalam video tersebut?

    BalasHapus
  2. ada mana-mana ayat yg saya sokongkah? tepuk dada tanya iman saudara, dalil al-quran yg sy beri menjelaskan segalanya, terima kasih.

    BalasHapus
  3. blog cari makan ni....klu tak ampu tak mampu....

    BalasHapus
  4. CARI MAKAN?????? AKU PON TAK CUKUP MAKAN NI....

    BalasHapus
  5. hehe nk halal kan dia punya penyebar dakyah lucah jugak tu..org ada video lucah simpan lam nset kantoi pun kena denda ni kan penyebar..bertaubat la irwan

    BalasHapus
  6. HADAP LAH HAKIKAT...BUKAN PENYEBAR....TAPI SIAPA PERLAKU ?

    BalasHapus