Sabtu, 30 April 2011

Anwar 'checkmate'. KEBENARAN SEMAKIN JELAS.



Kata orang sepandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga. Sepandai-pandai sesumpah menukar warna pasti akan dapat kesan jugak. Catatan ini bukanlah KPS nak cerita tentang haiwan, tetapi kes DSAI. Semakin banyak kebobrokkan yang jelas dapat dikaitkan dengan DSAI. Jadi sila renungkan penjelasan KPS:-

Kalau AL-ARQAM 'lebur' dalam masa 3 bulan seperti dalam muhabalah mereka, DSAI pun sebenarnya ada tanda-tanda yang dapat ditangkap dengan akal dan penglihatan kita. Apakah yang berlaku kepada manusia 'anugerah tuhan'(merujuk kak wan) secara sedar dan halus. JOM KITA TANYA DSAI BEBERAPA PERKARA, KENAPA NAK TANYA, SEBAB NAK JAWAPAN, SEBAB APA NAK JAWAPAN, SEBAB TAK BERJAWAB-JAWAB LAGI.......

  1. 16 SEPTEMBER, TAWAN PUTRAJAYA. BOLEH TANYA 16 SEPTEMBER TAHUN BERAPA? 2020? 2030? ATAU 3000?
  2. JANJI NAK CAT FLAT KAT PENANG DALAM MASA 3 BULAN, LA NI DAH 3 TAHUN, X NAMPAK 'JASA' LAGI PON?
  3. PAPER HAPRAKKAH, PAPER SUARA KEADILAN DULU BUBUH PENUH GAMBAR MP BARISAN SEKALI GAMBAR AGONG HAMPA 'BOH' TAK DAK YANG LOMPAT PUN?
  4. BILA NAK LAKSANA MANIFESTO KAT PR KAT SELANGOR? TUTUP KILANG ARAK, PUSAT MAKSIAT, BAGI DUIT KAT IBU TUNGGAL, BAGI DUIT KAT BUDAK MASUK SEKOLAH, MASUK 'U', MANA DIA?
  5. ELI WONG KAN ADA VIDEO LUCAH TENTANG DIA, HAMPA PUAK PR TAK MAU CARI KA SAPA YANG DOK SEBAR?
  6. KHALID GAGAP(MB SELANGOR) KATA KENA INTIP? MANA LAPORAN SIASATAN?
  7. KES KUGAN BERAPA PUAK PR HABIS DUIT, KES TEOH BENG HOCK BERAPA PR PERABIS, KES AMIRUL RASYID BERAPA BOK KELUAR, KES ADUN PKR HINA SULTAN BERAPA KERAJAAN NEGERI TANGGUNG? KES PASIR BERAPA JUTA LESAP? SELEWENG PROJEK KONTRAKTOR KELAS F BERAPA BILLION, GUNA UNTUK KEMPEN MANSUH ISA BERAPA?
  8. PKR CADANG NAK BUAT KANDANG BABI MEGA BOLEH BAGITAU KAT KAWASAN MANA? 
  9. ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI BERHARGA RM 1 , APAKAH SUMBANGAN TERBESAR DSAI?
  10. DAH BERAPA BANYAK SURAU DAN MASJID PUAK PR BAGI ADUN DAN MP BUKAN ISLAM BAGI KULIAH DAN BERAPA KALI KHUTBAH JUMAAT JADI KHUTBAH POLITIK?
  11. BERAPA BANYAK PEMIMPIN DAN PENYOKONG PR KELUAR PARTI SELEPAS TANGGAL 16 SEPTEMBER?
  12. MASA PEMILIHAN PARTI PKR KATA NAK DEDAH 'KEPALA, YANG BUAT KECOH, SAMPAI SEKARANG TAK DEDAH-DEDAH LAGI KENAPA?
  13. APA PROJEK PEMBANGUNAN PR DI 4 NEGERI YANG DIMENANGI SEJAK TAHUN 2008?
  14. MANA JAM OMEGA?
  15. KLAU POLIS MINTA DNA ANWAR NAK BAGI X?
  16. BILA NAK MUHABALAH BANG NUAR?
  17. KES LIWAT KAT MAHKAMAH BOLEH MENANG X? KLAU KALAH NAK LARI NEGARA MANA?
  18. KENAPA X BALAS BALIK APA YANG UMMI HAFILDA DEDAH?
  19. BETUL KA NURUL IZZAH(YB) AKAN DAPAT IBU TIRI?
  20. KLAU DSAI PM, TIMBALAN KI SIANG, PAS?
CUKUP LA SETAKAT NI DULU, O.K JUAK-JUAK PR SILA JAWAB.........
 

Jumat, 29 April 2011

KOMANDO PERANG SIBER: MUHABALAH ATAU TIDAK ?

KOMANDO PERANG SIBER: MUHABALAH ATAU TIDAK ?: "Kita terus bersengketa. Isunya bukan calang-calang. Ini serius....(kata WONDER PET). Bukan kecil hal yang dibangkitkan ni. Mungkin tidak ..."

MUHABALAH ATAU TIDAK ?




Kita terus bersengketa. Isunya bukan calang-calang. Ini serius....(kata WONDER PET). Bukan kecil hal yang dibangkitkan ni. Mungkin tidak ada metafora yang boleh dihubungkan dengan isu ini. Isu ini dibangkitkan pada arena glokal tapi skala musnahnya adalah bertaraf global. "Penyokong keliru, rakyat buntu, parti haru-biru." Dari pada kaki lima, gerai kopi hinggalah pejabat menjadi 'mahkamah segera' berhujah akan isu ini. Yang paling dasyat, beberapa khatib di mimbar jumaat juga mula lagak umpama 'hakim terjun' berhujah di dalam masjid. Soalan cepu emas umpamanya "jam omega?" , "2 jam hilang tidak tweet, FB pon tidak" . Hujahan balas seperti " dalam video gemuk, ini kurus" , "jam isteri simpan", "ni tv3 kan? next question" dan banyak lagi. Kenapa kita tidak belajar dari sejarah? Boleh selesai, tapi macam mana?

Pernah baca buku "ARQAM Tersungkur Di Pintu Syurga" ? Siapa penulisnya? bekas penasihat undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed. Apa yang saudara Zabidi cerita? 'Straight to the point la' saudara Zabidi cerita Al-ARQAM musnah dalam masa 3 bulan. Musnah macam mana? Musnah selepas bermuhabalah. Seluruh markas di dalam dan luar negara mengadakan muhabalah minta ditunjukkan kebenaran dalam masa 3 bulan. Apa jadi? dalam masa 3 bulan macam-macam jadi sampai kumpulan ini lebur. Nak tahu lagi? kalau nak tahu beli la satu buku ni.

Kalau ikut artikel dalam majalah i (majalah ilmiah berbentuk islamik) kesan muhabalah ini akan terjadi mungkin pada ketika itu, esok, seminggu, sebulan dan paling lama setahun. Dalam majalah i ini juga ada menceritakan peristiwa muhabalah di antara orang zaman dulu. Itu kalau 2 pihak tersebut yang buat lah, tapi nampak gaya macam satu pihak saja.  Sama macam kes saudara saiful. Kes altantuya PM dah muhabalah. Tapi DSAI tetap keras hati.  Soalannya sekarang kalau cuma sorang  atau sebelah pihak sahaja muhabalah macam mana? Elok rasanya kita rujuk ayat SURAH ALI-IMRAN AYAT 59-64 BESERTA TERJEMAHANNYA:-

3-59: Sesungguhnya perbandingan ‘Isa di sisi Allah adalah seumpama Adam. Dia (Allah) menjadikannya (Adam) daripada tanah, kemudian Dia (Allah) berfirman: “Kun (Jadilah)!” Maka jadilah dia (Adam).

Perbandingan ‘Isa di sisi Allah adalah seumpama Adam. Allah menciptakan ‘Isa tanpa bapa. Penciptaan ‘Isa itu tidaklah sukar berbanding penciptaan Adam tanpa bapa dan ibu. Adam diciptakan daripada tanah dengan kalimah “Kun”. ‘Isa diciptakan tanpa bapa juga dengan kalimah “Kun”. Kedua-duanya adalah manusia, hamba Allah dan nabi-nabi-Nya. Sangatlah tidak wajar pada akal jika menganggap ‘Isa yang tanpa bapa itu sebagai tuhan sedangkan Adam yang tanpa bapa dan ibu masih dianggap sebagai manusia. Keistimewaan yang Allah letakkan kepada mana-mana makhluk tidaklah sampai menjadikan makhluk itu tuhan atau anak tuhan.
Ada pula segolongan orang Yahudi yang tidak mahu menerima kenyataan ‘Isa diciptakan tanpa bapa sedangkan mereka mengakui Adam diciptakan tanpa bapa dan ibu. Mereka menolak ajaran ‘Isa, malah pemuda yang bernama ‘Isa itu tidak wujud dalam catatan sejarah mereka.

3-60: Kebenaran itu daripada Rab (Tuhan) engkau, maka janganlah engkau termasuk golongan yang ragu-ragu.

Allah mengingatkan bahawa apa yang diceritakan oleh al-Qur’an itu adalah benar. Benar Adam diciptakan daripada tanah dengan kalimah “Kun”. Benar ‘Isa diciptakan tanpa bapa dengan kalimah “Kun”. Benar Maryam itu seorang perawan yang suci. Benar Hawari itu pengikut setia ‘Isa memperjuangkan al-din Allah. Benar ‘Isa tidak mati dibunuh oleh orang Yahudi. Benar ‘Isa diangkat ke langit sama ada secara roh sahaja atau secara roh dan jasad sekali. Semuanya adalah benar.

3-61: Sesiapa membantah engkau (Muhammad saw) tentang (kebenaran) itu, sesudah datang pengetahuan kepada engkau, maka katakanlah: “Marilah, kita ajak anak-anak kami, anak-anak kamu, isteri-isteri kami, isteri-isteri kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian kita bermohon dengan bersungguh-sungguh, serta kita mohonkan agar laknat Allah menimpa orang yang berdusta.”

Jika mereka masih juga menafikan kebenaran tersebut, sedangkan kebenaran itu disampaikan melalui wahyu Allah, maka ajaklah mereka melakukan sumpah berat atau mubahalah. Kedua-dua pihak yang melakukan mubahalah itu hendaklah memanggil anak-anak mereka, isteri-isteri mereka dan diri mereka sendiri. Kemudian hendaklah bermohon sungguh-sungguh agar laknat Allah menimpa orang yang berdusta. Mubahalah ini merupakan satu cabaran yang hebat yang Allah lemparkan kepada puak yang mendustakan Nabi Muhammad saw dalam hal Almasih ‘Isa ‘ibn Maryam. Cara mubahalah sudah terkeluar daripada hujjah dan logik. Perkara ‘Isa itu adalah kepercayaan, maka berdasarkan kekuatan kepercayaan masing-masing diadakan mubahalah. Tidak perlu lagi bertengkar dan berhujjah, mengemukakan dalil akal dan sebagainya. Orang yang berani melakukan mubahalah itu adalah orang yang bukan sahaja percaya malah mempunyai pengetahuan tentang perkara yang dipertikaikan itu. Pengetahuan yang sebenar datangnya daripada Allah. Sebagai tanda meyakini dan beriman sungguh-sungguh kepada apa yang disampaikan oleh Allah, maka Nabi Muhammad saw diletakkan dalam situasi melakukan mubahalah. Tidak ada orang Nasrani atau Yahudi yang menyahut cabaran tersebut.

3-62: Sesungguhnya ini adalah cerita benar, dan tidak ada daripada (apa jua yang dianggap sebagai) Ilah (Tuhan), melainkan Allah. Dan sesungguhnya Allah, sungguh Dia (Allah) adalah al-’Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).

Sekali lagi Allah menegaskan bahawa kisah Almasih ‘Isa ‘ibn Maryam yang diceritakan oleh al-Qur’an itu adalah benar. Tidak ada Ilah melainkan Allah. Hanya Allah yang berkehendak dan berkuasa menciptakan ‘Isa sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Taraf ‘Isa adalah taraf penciptaan Allah, bukan anak Allah atau setara dengan Allah. Allah adalah al-‘Aziz lagi al-Hakim. Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Allah Maha Perkasa mempertahankan kedudukan-Nya sebagai Ilah Yang Esa, tidak beranak, tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara dengan-Nya. Allah Maha Bijaksana dalam mengaturkan takdir kepada makhluk-Nya. Segala yang Allah ciptakan adalah teratur dan seimbang, tidak ada cacat celanya. Renungan yang mendalam akan melahirkan kekaguman terhadap kebijaksanaan Allah itu.

3-63: Kemudian jika mereka berpaling, sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui orang yang melakukan kerosakan.

Orang yang berpaling, tidak mahu menerima apa yang diwahyukan oleh Allah, tidak mahu menerima akidah tauhid dan tidak mahu melakukan mubahalah, maka sesungguhnya mereka adalah orang yang sudah rosak akal budinya dan mereka menyebarkan kerosakan itu kepada orang lain.

3-64: Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, bahawa kita tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah, dan kita tidak menyengutukan-Nya (menyengutukan Allah) dengan sesuatu; dan (juga) sebahagian daripada kita tidak menjadikan sebahagian yang lain sebagai ‘arbab’ (tuhan-tuhan) selain Allah.” Jika mereka berpaling katakanlah: “Saksikanlah bahawa kami adalah Muslimin (orang yang menyerah diri kepada Allah).”

Ajakan Rasulullah saw kepada muhabalah telah ditolak oleh orang-orang yang diberi kitab itu. Penolakan itu menunjukkan bahawa dalam hati mereka ada keraguan terhadap akidah yang mereka pegang. Oleh itu mereka diajak kepada ajaran pokok yang ada persamaan di antara mereka sebagai Ahli Kitab dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Mereka diajak kepada satu kalimah iaitu kalimah tauhid: tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah; tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu dan tidak menjadikan mana-mana manusia sebagai arbab (tuhan-tuhan) selain Allah. Ajaran pokok ini terdapat di dalam semua kitab-kitab, baik Kitab Tawrat yang dipegang oleh orang Yahudi, Kitab Injil yang dipegang oleh orang Nasrani dan juga Kitab al-Qur’an yang dipegang oleh Nabi Muhammad saw dan pengikutnya. Ajaran tauhid ini masih terdapat di dalam kitab-kitab Tawrat dan Injil, walaupun sudah dimasukkan dengan unsur kemusyrikan. Di satu bahagian kitab-kitab tersebut mengajarkan tauhid dan di bahagian yang lain pula memperkenalkan syirik. Buangkan bahagian yang mengajarkan syirik itu. Tetapkan pengabdian hanya kepada Allah Yang Maha Esa. Jangan diadakan tuhan-tuhan yang lain. Jangan menjadikan manusia seperti ‘Isa dan ‘Uzair sebagai anak tuhan. Inilah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Jika golongan Ahli Kitab menolak ajaran tauhid ini maka janganlah bertolak ansur dalam soal akidah ini. Tetapkan pendirian sebagai Muslim yang berserah diri kepada Allah dan berpegang kepada ajaran tauhid.

KPS tak mahu ulas apa-apa, pembaca tentukan sendiri. Setiap kita ada pendapat masing-masing. ALLAH jualah yang lebih mengetahui segala sesuatu.

Selasa, 26 April 2011

AMANAH KITA- 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
 
Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
 
KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
 
KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
 
KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


7 WASIAT YANG DITERJEMAHKAN KE DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. (SECARA RINGKAS).

 MALAYSIA - Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 1963. Negeri-negerinya terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

 TANAH SIMAPANAN MELAYU - Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)
Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.

 REJIMEN ASKAR MELAYU - Seksyen 16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972
Seksyen tersebut menyatakan : "Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap ; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja". Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941. Askar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia Kedua. Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.
 
 RAJA-RAJA MELAYU - Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan dan Permaisurinya)
Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun.

 ISLAM - Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)
Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

 BAHASA MELAYU - Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Pindaan kepada Perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja.

 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN - Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)
Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran , permit dan lesen perniagaan.

sumber- JABATAN PENERANGAN NEGARA.