Jumat, 11 November 2011

ROMBONGAN BEKAS SEKOLAH KPS MENGALAMI KEMALANGAN MAUT.....TAKZIAH

KPS BERSEKOLAH DI SMK AIR MERAH DARI TAHUN 2004-2006(TINGKATAN 1- TINGKATAN 3)




Empat Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Behrang

PETALING JAYA: Tiga pelajar dan seorang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim Kedah maut apabila bus yang mereka sewa bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan pasir di Kilometer 382 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Behrang pada pukul 4 pagi Jumaat.

Rombongan berkenaan dalam perjalanan ke Genting Highlands.

Lima pelajar yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Slim River.

Jurucakap PLUS berkata usaha untuk mengeluarkan mayat mangsa masih giat dijalankan dan punca kejadian masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa.

TAKZIAH KEPADA MANGSA YANG TERLIBAT....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar