Pages

Rabu, 09 November 2011

NIZAR CAMRY KEPALA SEGALA PENJENAYAH DI MALAYSIA ????



DARI BLOG SUNGAI RAPAT ONLINE....

Bekas Menteri Besar Perak atas lantikan daripada DAP Nizar Jamaluddin bersedia membantu mana-mana penjenayah yang di tembak mati atau di penjara. Baru-baru ini Nizar, Chang Li Kang dan Jeyakumar berjaya menyerahkan memorandum kepada Polis diatas kematian penjenayah yang dikehendaki oleh Polis iaitu Khatir Oli.

Dalam kejadian itu, Khatir Oli ditembak mati seorang anggota polis apabila cuba menyerang anggota terbabit dengan sebilah parang.

Dalam insiden yang sama, tiga lelaki lain juga ditahan ketika cuba menyamun sebuah kelab malam di Jalan Mustapha Al Bakri.

Anggota polis berusia 30-an yang terbabit mengalami kecederaan di muka dan badan kemuadiannya dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Laporan media mengatakan anggota polis itu menolong seorang wanita di kelab malam tersebut setelah mendengar jeritan meminta tolong.

Anggota polis itu mendapati wanita tersebut disamun empat lelaki masing-masing bersenjatakan parang. Apabila polis mendekati mereka, tiba-tiba mereka menghayunkan parang dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Selepas ini mana-mana penjenayah yang inginkan bantuan sila hubungi Nizar Jamaluddin Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar