Pages

Minggu, 13 November 2011

BELASAH ATAU TIDAK, JANJI MEMANG......MALAYSIA VS KEMBOJA




MALAYSIA VS KEMBOJA BOLA SUKAN SEA 2011
Sea Games keputusan Malaysia lawan Cambodia 13 November 2011

Selepas berhempas pulas menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan sebelum ini,Pasukan bolasepak bawah 23 tahun Malaysia meneruskan lagi misi mempertahankan pingat emas pada temasya sukan Sea 2009 yang lalu.Malaysia akan bertemu Kemboja pada perlawanan ketiga dalam kumpulan A.

Malaysia yang kini berada di tangga kedua dalam kumpulan A,haruslah memanfaatkan perlawanan menentang Kemboja dengan meraih 3 mata penuh,bagi menjarakkan diri daripada Singapura yang kini berada di tangga ketiga dengan 4 mata,kedudukan Malaysia dan Singapura hanya dipisahkan dengan perbezaan mata bolos.

Jurulatih skuad Malaysia Ong Kim Swee berkata

“Bagi saya, jumlah gol tidak begitu penting. Apa yang lebih penting adalah mencapai kemenangan ke atas Kemboja, seterusnya membolehkan kita mengutip tiga mata penuh.

“Saya tidak mahu pemain tertekan sekiranya saya meletakkan sasaran gol. Saya mahu mereka bermain mengikut perancangan dan percaturan yang telah dibuat,”

Sebelum ini, Kemboja menjadi mangsa belasahan apabila tewas 0-6 kepada Indonesia sebelum dijinakkan Singapura 2-1. Kelmarin, gawang Kemboja terus dibedil apabila tewas 0-4 kepada Thailand.

Berikut merupakan kedudukan semasa dalam Kumpulan A

Baca lagi disini -- http://www.enciknakal.com/2011/11/malaysia-vs-kemboja-bola-sukan-sea-2011.html#ixzz1dYrZ5wrX


Pos. Team GP Pts W D L GF GA +/- Form H2H
1 Indonesia U23 2 6 2 0 0 8 0 8
2 Malaysia U23 2 4 1 1 0 2 1 1
3 Singapore U23 3 4 1 1 1 2 3 -1
4 Thailand U23 2 3 1 0 1 5 2 3
5 Cambodia U23 3 0 0 0 3 1 12 -11

Baca lagi disini -- http://www.enciknakal.com/2011/11/malaysia-vs-kemboja-bola-sukan-sea-2011.html#ixzz1dYrdxKS6

Tidak ada komentar:

Posting Komentar